Cari Blog Ini

Rabu, 10 Julai 2024

MRT Putrajaya Central

  Assalamualaikum semua ... apa khabar ? okay kali ni saya nak cerita tentang MRT Putrajaya Central. Baru baru ni kerajaan Malaysia memberi hampir 15 hari tambang percuma untuk MRT2 menghala ke Putrajaya Central. So saya pon kebetulan ada nak pergi ke Putrajaya ... apa lagi, ambil kesempatan la kami..

laluan pejalan kaki antara MRT 2 (Kuning)
                                                                  dan stesen bus putrajaya

Laluan pejalan kaki di Putra jaya

jadual perjalanan bus
jadual perjalanan bus

anda perlu pastikan laluan dan kekerapan perjalanan setiap bus


Ambil gambar burung



terdapat stesen bus express yg beroperasi disini




terdapat stesen bus express yg beroperasi disini dan antara kemudahan lain turut disediakan Stesen Teksi dan kereta sewa serta stesen E-heiling di tingkat bawah. Tahukah anda bahawa Kawasan Putra Jaya dalam pembinaannya adalah berserta perancangan membina LRT. terdapat juga kesan tinggallan tiang yg di tangguhkan pembinaannya.


 terdapat juga Shuttle yg di sediakan oleh pihak hospital Putra Jaya bagi memudahkan golongan warga emas dan kurang upaya.

Selasa, 11 Oktober 2022

Timing tinggi motor Rs150r


Assalamualaikum semua.. 

Baru baru ini motor RS150r saya jadi timing tinggi sehingga sehingga rpm 3.

Timing tinggi ni jadi selepas saya bawa sekitar 100 ke 120 dalam masa lama .

Apabila anda parking motor dalam 4 atau 5 jam kemudian timing akan menjadi pulih kembali.

Selepas baca banyak dari page2 di face book, banyak rakan rakan yg pernah mengalaminya menyatakan bahawa ianya adalah TPS atau nama penuhnya "Throttle Position Sensor."



Rekomen dari pada mekanik di sebuah bengkel berhampiran Petronas Ampang Tasik Selangor menyarankan TPS BranD Tobaki katanya terbaik setakat ini untuk Rs 150r




Isnin, 4 Julai 2022

Harga tiket ke Gua Kelam Perlis.

Assalamualaikum semua..
Okay kalau anda semua melancong ke utara tanah air Perlis indera kayangan pasti anda akan pergi Tamab Rekreasi Gua Kelam.

Okay kat sini saya sertakan Harga tiket untuk dewasa dan kanak-kanak serta harga parking 🅿️ untuk tahun 2022 bulan June.


Gua kelam ni tak lah panjang sangat lebih kurang 350 meter sahaja. Gua kelam ni menjadi laluan sungai yg melalui dalam gua kelam ni.

Jangan lupa bawa baju untuk mandi sungai di kaki gua kelam ni . Syok tau.

Isnin, 4 Oktober 2021

Berkhemah di Bagan Lalang Sepang

 Assalamualaikum semua.... apa khabar?

okay hari just nak share pasal trip khemah kami di Bagan Lalang selama 2 hari satu malam..

trip kali ni join Shamie nak rasmi khemah baru hasil hasutan rakan rakan... hahahaha.....

so saya pinjam khemah unta Yusri memandangkan ramai group kami... hehehe.. tuan nye tak ada bekerja di Bandung.





Berkhemah kat pantai kena siap mental sikit sebab aura panasnya akan ada serik nak berkhemah di pantai.

tambahan pula side kami pergi tu tiada public toilet. Hmmmm dah lah badan melekit nak mandi tandas pulak jauh....  hahhaha... 

First day tu kami sempat la sewa di Bagan Villa Resort kat seberang jalan tu selama 3 jam kerana semua bilik sudah di tempah. Berapa sewa 3 jam? Rm 50.00. untuk malam nya kami menumpang tandas di kedai makan berhampiran.


Cuaca pada hari tu Alhamdulillah Cerah ...tak terik sangat dan kurang berangin. Sesekali datang angin dari belakang bukan dari laut dan menyebabkan Flyshet kami tercabut di sapu angin.... apa lagi kami naikkan balik flyshet tadi kali ini saya ikat terus di rim kereta.. hahhahah...  Alhamdulilah bertahan sampai balik.

kalau berkhemah di pantai ni memang memerlukan pancang yg sesuai dengan permukaan yg berpasirnya.


Menu kami untuk makan tengah hari adalah Ayam masak Lemak,Ikan Bakar dan Nasi Putih... di masak oleh Chef Lisa... laju makannya... petang Cucur goreng Adabi.. manis ada pedas ada... ada pulak sup ketam fresh ada abg tu jual RM20.00 untuk 13 ekor ketam comey.. Sedap Manis Segar dari Laut hidup lagi . malam 

kami ada buat Ayam Bakar, Daging Bakar, Saausage dan Oden Stembot. Sebelum balik kami Brekfast dengan Telor dadar Sayur goreng dan Daging + sausage semalam... 

so hari ni sebelum balik kami semua mandi di Tandas Awan di sana.





















Selasa, 24 Ogos 2021

Empangan Timah Tasoh dan Tasoh Lake Resort

Assalamualaikum semua...
 Ok saya nak kongsikan berkenaan Empangan Timah Tasoh yang terletak di Negeri paling Utara iaitu Perlis. Empangan ini adalah jalan menuju ke Padang Besar atau pun untuk ke Wang Kelian anda pasti berjumpa dengan nya dahulu di simpang sebelah kiri.

Apa yang menarik disini?
Di sini terdapat beberapa kedai penjaja yg menjual makanan dan minuman untuk pelawat yg singgah kesini. Terdapat juga tempat bergambar yg viral di sini iaitu semestinya buaian timah tasoh.

Empangan Timah Tasoh
Empangan Timah Tasoh

Empangan Timah Tasoh
Empangan Timah Tasoh
Empangan Timah Tasoh
Empangan Timah Tasoh




Sebelum anda sampai ke Empangan Timah Tasuh anda akan melihat sebelah kanan anda sebuah Resort iaitu Tasoh Lake Resort yang mana anda juga boleh masuk kesini dengan bayaran Parking cuma RM 5 sahaja. Di sini anda boleh menginap di Resort atau sekadar mengambil gambar dengan banyak tempat tempat menarik disediakan. Baru baru ini Tasok Lake Resort juga mengadakan satu Event dimana terdapat pelbagai kedai makanan dan pakaian dan menarik ramai pengunjung setempat dan juga pengunjung dari luar.
Padang Besar
Tasoh Lake Resort


Tasoh Lake Resort











Tasoh Lake Resort

Tasoh Lake Resort

Tasoh Lake Resort


Mutiara Kata : Jauh Berjalan Luas Pandangan
Hanya kepada Allah kita Berserah