Assalammualikum semua...
Okay la kat sini sya nak ceritakan tempat tempat yang berjaya kami Singgah sepanjang 2 hari satu malam π di sini..
Tempat pertama yang kami nak pergi ialah Kea Farm tetapi melihat banyak kenderaan yang berlungguk kat tepi jalan membatalkan niat kami untuk singgah. Lalu kami singgah sahaja di kedai selepas corner S tu untuk menjamu mata dan membeli jajan....
Setelah selesai kami terus berangkat ke tempat penginapan kami di tanah rata yang di cari oleh Norsya apartment 3 bilik yg berharga cuma RM 120.00 sahaja.
Kawasan Okey kawasan Apartment tu betul-betul di bahagian belakang balai polis Tanah Rata. Dekat situ juga terdapat banyak kedai kedai makan dan runcit kedai jual cenderamata dan kedai steamboat cheese juga ada disini.
Jadi anda tak perlu keluar jauh untuk makan malam.
Tapi di sebabkan kami telah buat tempahan di Steambot Chess di Area Mardi jadi kami terus pergi ke sana. Di Cameron Highlands memang sesuai dalam cuaca yg sejuk kita memilih untuk makan steambot.kami pergi agak awal supaya tak mahu bersesak sesak di musim kobit ni.. selesai makan kami terus ke Homestay.
pagi esoknya kami ke Taman Sedia. Misi utama nya adalah Nasi Lemak smbal Strawberi π.. orang banyak menyebabkan kami terpaksa beratur untuk mendapatkan tempat duduk.
Selesai makan kami berjalan di taman sedia dengan misi ingin memetik buah strawberi π pula.
misi berjaya. Pada pendapat saya lebih berbaloi untuk pergi petik sendiri buah strawberi π yang anda hendak makan pada hari yang sama kerana lebih segar dan tak terlalu mahal iaitu sebanyak Rm5.00 per 100gram kalau tak silap.
|
tangga nak keatas telah di kemas baik dan sangat selesa |
|
terdapat juga papan tanda BOH |
|
tempat makan yg ditambah keluasan di bahagian belakang |
|
rumah pekerja Ladang BOH |
|
READY!! |
Last sekali kami singgah di Ladang Teh Boh Sungai Palas. Di sini tedapat beberapa penambahan baharu yg dibuat oleh pengurusan Ladang BOH.
Pertama nya masuk jer kawasan parkir kereta kelihatan tapak parkir dalam proses pembesaran dan di simen. kerja2 masih dijalankan, kalau dulu cuma dataran pasir sahaja.
Keduanya kalau dulu waraga emas dan orang kurang upaya kita boleh mehantar mereka keatas tetapi kini pihak boh telah menyiapkan sebuah Bas Ulang-alik yang menuju keatas. So ibu mengandung dan yang tak larat panjat tangga boleh la menaiki bas.
Ketiga kawasan untuk menaiki tangga kelihatan kemas dan cantik dengan Papan Tanda BOH dan kawasan untuk mengambil gambar.
Keempat kawasan untuk minum TEH BOH telah di perbesarkan di kawasan belakang dan amat selesa sekali dan tempat anjung juga dikosongkan untuk memberi keselesaan pengunjung mengabdikan kenangan disana.
Baca juga Catatan :
Cameron Highlands 2020
Tiada ulasan:
Catat Ulasan