Assalammualaikum...
Okay minggu ni Saya dan Kamal ingin mencuba hobi baru Iaitu nak mula berkayuh basikal yg menjadi tren sekarNg ramai yg menjadi ikutan....
Kalau ikutkan tren ni minat kita ni sebenarnya bermusim la orang kata .... Bila lepak Fatimah ghaous tu nampak jer pagi pagi Sabtu dan ahad ada group group basikal lalu... Mula la makin ligat kami mencari di dalam laman blog dan medsos yg lain dan di sesawang membeli belah dalam talian seperti https://shopee.com.my/ dan https://lazada.com.my/
Folding Mountain Bike |
Basikal Tua |
Basikal Road bike atau RB atau basikal racing. |
Basikal Road bike atau RB atau basikal racing. Basikal Bukit atau Gunung atau MTB |
Matlamat kami nak cati basikal just memenuhi kehendak berbasikal jer tak impikan yg beriban.... Just sekadar boleh di kayuh...
Untuk pengetahuan korang basikal yg biasa kita tengok orang kayuh tu terbahagi kepada 3 kategori :
1 - MTB atau Mountain Bike /basikal bukit
2 - RB atau Road Bike./basikal racing
3 - Folding Bike atau basikal lipat
anda boleh membaca seperti yang kawan kita coretkan disini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=191258969233434&id=112878487071483
Manakala terdapat beberapa size untuk Basikal kanak kanak atau MTB atau RB serta anggaran ketinggian yang sesuai :
1 - size 12' angaran ketinggian 80cm -115cm
2 - size 16" angaran ketinggian 105cm -135cm
3 - size 20" angaran ketinggian 110cm -150cm
4 - size 26" angaran ketinggian 160cm+
5 - size 27.5" angaran ketinggian 160cm+
6 - size 700c angaran ketinggian 160cm+
Saiz body atau frame biasa nya di ukur dalam :
1 - S small,M medium, atau L large
2 - atau mengikut Nombor 48,49,50 atau sebagainya.
itu sahajalah saya tahu buat masa ini... hehehehe
update 6/12/2020 basikal masih belum beli...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan