Cari Blog Ini

Sabtu, 16 November 2019

Krabi travel budget sept 2018

Booking Ticket
Tiket tu kami dah tempah hampir setahun lepas lepas dapat tiket murah AirAsia everyone can fly. Harga tiket murah tapi lepas campur airport tax tu dekat 700.00 ringgit campur dengan beg 20kg untuk 4 orang pergi dan balik.



Booking hotel
Setelah membuat semakan dari semua laman web hotel Trivago, booking.com dan Agoda. Kami memilih untuk booking di Agoda setelah beberapa komen yang mengesyorkan Agoda. Untuk mendapatkan harga yang bagus dan perlu booking awal tetapi di Agoda anda perlu membuat bayaran kira-kira seminggu sebelum anda tiba dan pastikan anda mempunyai wang yang cukup dan pastikan anda membalas email pada hari untuk anda membuat bayaran atau tempahan anda akan di batalkan seperti yang terjadi pada saya (sebab tak aktifkan notification untuk email) Mujur saya membuat tempahan semula beza harga cuma 7 ringgit tetapi tak dapat breakfast set. Setelah membuat tempahan pastikan anda membuat semakan tempahan anda dengan Hotel tersebut. Kami memilih untuk tinggal di Ao Nang Sunset Hotel berdekatan dengan Pantai Ao Nang. Harga untuk 4 hari 3 malam adalah 407 ringgit dan tambahan apabila sampai di hotel untuk anak kami yang berumur 10 tahun 200 Baht sehari yang menjadikan jumlahnya 600 Baht untuk 4 hari 3 malam tanpa mengambil extra bed. Masuk dalam bilik kami disambut dengan dua ekor burung yang bercantum kemasan barang-barang semua diperbuat daripada kayu jati kot dengan katil bersaiz King sangat puas hati untuk Hotel bertaraf 3 bintang 





Insurans
Insuran kami beli dengan Etiqa untuk 4 orang dalam 36.00 ringgit untuk silver package
Parking
Kali ini kami memilih untuk parking kereta di Salak Tinggi parking berbumbung ERL sama seperti Parking di Putrajaya (Park and ride) cuma tambang ERL lebih murah di sini dan jaraknya dari Putrajaya adalah lebih kurang 17 km
kawasan parking motor berbumbung yg siap dengan lampu dan CCTV
laluan pejalan kaki berbumbung 
Tambang ERL
Tambang untuk dewasa ke KLIA2 adalah 4.20 sen dan kanak-kanak 4.20 sen Sehala. Train Terakhir daripada Salak Tinggi ke KLIA2 adalah 11.30 malam


Tidur di KLIA2
Memandangkan flight kami awal pagi pukul 7.05 pagi dan kami memilih untuk tidur sekejap di KLIA 2. Tempat paling strategik adalah di pintu keluar Ketibaan atau berhampiran dengan ERL terdapat ruang untuk tidur dan  tempat untuk mengecas telefon serta berdekatan dengan tandas.

Tukar duit
Setelah pergi melihat di semua kedai-kedai tukaran wang asing di Mid Valley adalah yang paling murah iaitu kadar pertukaran semasa Rm12.75 untuk 100 Bath pada September 2018

SIM card Dtac
Sim cad kami beli sebelum keluar daripada airport ada travel agent jual 100 Bath untuk pakej 5 hari dengan panggilan 20 minit ( penting untuk buat call emergency travel agent atau apa-apa yang mustahak )
Transport to Hotel
Kami beli di kaunter teksi mini van dan bas transport. Harga untuk bas dan minivan ke Ao nang dalam 150 bath seorang dan jika kita membuat tempahan untuk balik yang dibuat sehari sebelum, kita cuma membayar 100  bath seorang. Dia akan hantar terus ke depan Hotel kita.

Kenderaan di Aonang

Ketika berada disana kami menyewa sebuah motosikal skuter 150. Ini sangat memudahkan kami bergerak untuk pusing2 kampung Aonang dan pergi sehingga ke Bandar Krabi. Kami menyewa motor sehingga 2 hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan