1) Passport (buku merah jangan lupa bawa)
- pertama sekali mestilah Pasport untuk kita keluar negara yang mempunyai sekurang-kurangnya lebih daripada enam bulan sebelum tarikh tamat tempoh pasport anda (adik ipar ada 7 bulan dari tarikh akhir Lepas)
2) Geran Asal bersama Pemilik Kenderaan
- Geran asal anda boleh dapatkan daripada Bank atau anda boleh dapatkan "Salinan Asal" daripada JPJ dengan bayaran RM50. (Pemilik hanya perlukan IC sahaja)
- Jika anda tiada geran asal anda haruslah pergi ke balai polis untuk mengesahkan geran kenderaan anda. (Geran photostat perlu dicop oleh Balai Polis)
*Terkini untuk tahun 2024 Hanya Geran Asal diterima oleh Kerajaan Thailand*.
- jika anda membawa kenderaan kereta sewa ataupun kereta company anda haruslah mendapat kebenaran bertulis daripada owner kereta dan bagi kenderaan kompeni anda harus membawa F49 dan F9&13 yang disahkan. (Mungkin telah bertukar format Form)
3) Insurans
- terdapat beberapa jenis insurans yang disediakan antaranya adalah insurans untuk kecederaan dan duit ubat yang wajib diambil oleh semua yang memasuki menggunakan kenderaan Dan satu lagi insuran yang melindungi kenderaan pihak ketiga (3rd party) sekiranya berlaku kemalangan sehingga THB 200,000
- kami mengambil insuran compulsory sahaja yang berharga RM34 untuk lima orang, "Insya-allah tak ada apa-apa yang berlaku hati-hati jangan kita langgar orang ataupun orang langgar kita"pesan akak insurans tu.... (Tawakal)
4) 3 Jenis borang, TM6 (white card), TM2 & TM3 (2 Salinan depan dan belakang)
- ketiga-tiga jenis borang ini anda boleh dapatkan dekat kedai insuran mereka memang sediakan. Anda cuma perlu bayar dan berikan semua pasport penumpang dan geran kenderaan anda.
-TM6 (white card) (Separuh untuk Masuk dan separuh untuk keluar, Dan Jangan HILANGKAN),
-TM2 & TM3 (2 Salinan depan belakang) berikan kedua-dua salinan ketika masuk di Imigresen Thailand mereka akan chop dan pulangkan satu salinan untuk di hantar semasa pulang ke Malaysia dihantar ketika di Imigresen Thailand.
Keterangan bergambar mengenai kedudukan Pejabat Kerajaan bagi memudahkan anda untuk bergerak. |
Proses yang perlu anda lalui dari Malaysia sehingga ke Thailand. |
6) Sim kad
- kami membeli simkad terus di kedai insurans kerana ia menyediakan simkad yang berharga RM20 untuk tujuh hari unlimited data atau anda boleh dapatkan di kedai 7 Eleven di Sado yang mungkin harganya bawah daripada RM20
- sebelum anda memasuki border Bukit Kayu Hitam anda perlulah mengisi minyak paling akhir adalah stesen BHP di sebelah kanan anda atau Petronas (Ada ATM CIMB) kerana minyak di Thailand agak mahal. Cukup untuk perjalanan di Hat Yai.
Stesen Minyak Caltex di Perlis
Gambar sekadar hiasan
8) Tukar Duit THB
Cuti kali ni kami bercadang nak tukar Di selepas sempadan negeri Thai.jadi selepas saja urusan imigresen dan kastam kami mulalah mengintai-intai mencari tempat pertukaran wang asing dan terjumpalah satu satu kedai tukar duit dan terus tukar satu ribu ringgit Malaysia dapatlah dalam 7000 bath.
9) Hotel di Hat Yai
Untuk hotel di Hatyai setelah banyak membaca review-review daripada pelancong-pelancong Malaysia Kami memilih Red Planet Hotel.
Hotel yang terletak tidak jauh daripada bandar, kemudahan yang bagus seperti parking, air panas, dan plug 3 point (seperti di Malaysia). Kalau tak silap dia adalah bekas Tune Hotel yang diambil alih.
kami buat booking melalui Agoda kerana ya bagi diskaun yang bagus buat kami dan dan kami tak hadapi masalah apabila menggunakan Agoda booking.
Tips : menggunakan Agoda adalah anda perlu membuat view di mana anda akan tinggal Dan biarkan dalam dua tiga hari Agoda akan offer best price untuk anda..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan