Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hari ini saya ingin bercerita tentang Ride santai kami pada 30 Ogos 2020 menuju ke Raub Pahang. Terima kasih pada abang syam yang telah menjemput kami untuk join Group Santai Bikers Club
(S.B.C) untuk Ride sama-sama ke Raub Pahang. Bertempat di BHP Gombak pada pukul 8.30 pagi kami Berkumpul dan mula bergerak pada pukul 9.00 pagi setelah semuanya sampai.
Destinasi Kami adalah ke Lemang Toki 2 tetapi saya dan seorang abang Leader tu tersesat ke lemang ToKi 1 dan selama hampir 10 minit baru kami tahu lokasi yang betul lemang toki 2.Kami sampai dalam pukul 10 lebih....
Setelah habis bersarapan pagi kami terus menuju ke destinasi kedua kami iaitu Sungai Gesing iaitu tempat untuk makan durian dan makanan tengah hari yang telah disediakan.Sampai kami di sana telah ada group yang sampai awal lagi daripada kami dan sudah habis makan durian dan makan tengahari. Buah-buahan yang terdapat di sini adalah durian, duku langsat dan rambutan. Pemilik ladang durian ini katanya salah seorang daripada ahli Santai Bikers Club. Terima kasih kepada tuan ladang kerana buah yang sedap dan makanan tengah hari. Sebelum balik sempat juga capai sebiji sorang durian tu untuk dibawa balik.
Destinasi ketiga Kami adalah Lata Lembik untuk mandi manda sebelum pulang ke Kuala Lumpur tetapi group kami tak dapat join sebab terpaksa balik ke Kuala Lumpur sebab panggilan kerja pada pukul 7 petang. Jadi ada enam biji motor yang join balik. Kami singgah di Genting Sempah untuk minum petang yang Kebetulan hujan lebat.
Kami minum di kedai No. 4 yang juga kenalan Abang Syam juga seorang Raider sebelum balik ke Kuala Lumpur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan