Assalamualaikum semua.... apa khabar kome... Baru-baru ni selesai kerajaan umumkan boleh merentas sempadan kami apa lagi siap-siap untuk balik Ipoh tapi sebelum tu kami singgah di Cameron Highlands dahulu....
Okay apa yg berubah di Cameron Highlands ni setelah sekian lama kami tak pergi. Pertamanya kalau kita pergi sana tentulah nak rasa nyaman nya udara di tanah tinggi tersebut... Alhamdulillah suasana nyaman tu masih terasa lagi kebetulan cuaca hujan sepanjang kami disana......
Keduanya Jem la... Hahahaha... Kalau tak jem tak rasa la suasana Cameron Highlands nyer. Apalah ertinya Cameron Highlands tanpa Jem di tempat asal strawberi 🍓 ni... Tapi kami hanya sangkut pada hari Jumaat sahaja.. manakala pada hari khamis tiada pun kesesakan jalan.. best sangat....
|
Port biasa Jem "Kea Farm"
|
Ketiga buat pengetahuan anda semua Cameron highland mula mengutip bayaran parkir yang diuruskan oleh majlis perbandaran Cameron Highlands... Jadi pastikan anda mengambil tahu setiap parkir yang anda gunakan takut nanti dapat surat cinta dari MPCH
Keempat ok sesiapa yang selalu pergi minum Teh di Ladang Teh Boh Sungai Palas pasti tahu tentang bagaimana kita perlu berjalan kaki dari bawah dan bagi warga emas dan ibu mengandung 🤰 pasti sukar untuk berjalan mendaki keatas tapi anda jangan takut kerana sekarang pihak BOH plantations telah menyediakan sebuah bas sekolah sebagai kenderaan untuk warga emas, orang kelainan upaya dan ibu mengandung untuk dibawa terus keatas. Sekarang pihak BOH juga sedang menyiapkan tempat parkir bersimen di kawasan parkir tersebut yang sebelum ini cuma kawasan lapang berpasir dan sahaja. Dan yang best sekali adalah kawasan tempat makan telah dibesarkan di bahagian belakang kaunter pesanan makanan yg lama dan kawasan tempat baru juga mempunyai kaunter pesanan makanan yg sama seperti yg lama... Jadi ada dua tempat untuk anda membuat pesanan... Bila dah ada tempat baru ni kawasan yg lama yg biasanya orang mengambil gambar dihujung tu dikhaskan untuk orang ramai mengambil gmbar.
|
Shuttle Bus |
|
my model |
|
BOH |
|
tukang ambil gambar |
|
Ruang tambahan baharu |
|
baru selesa nak ambil gambar.. |
|
Bergambar di luar sahaja kerana kilang tututp untuk pelawat. |
|
Berlatar belakangkan Ladang Kobis di Taman Sedia |
|
tunggu turn untuk rasa Nasi Lemak Strawberi |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan