‘Abang Mangga’ Pula Jadi ViralPerak Hari Ini'
perak today
Posted on Thursday, October 27, 2016 1:28 pm
IPOH: Di saat semua orang berbicara mengenai ‘Nasi Lemak Anak Dara’ di Shah Alam, di Bandaraya Ipoh pula ‘Abang Mangga’ menjadi sebutan penduduk bandaraya ini kerana memiliki keunikan dan identitinya tersendiri.
Orang ramai kelihatan mula beratur panjang seawal jam 12 tengah hari sebaik sahaja gerai ini memulakan operasinya.
Walaupun terpaksa berdiri dan beratur dalam cuaca yang panas tetapi oleh kerana ingin mendapatkan Air Abang Mangga ia bukan menjadi masalah kepada pelanggan setia air mangga susu “semanis senyuman abang” ini.
Lokasinya yang berhadapan dengan Maybank Bercham, gerai air mangga Abang ini diusahakan oleh dua anak muda Mohd Mazuan Mohd Yusoff dan Mohd Azrin Fahmi Abd Razak.
Bercerita mengenainya bagaimana tercetusnya idea untuk mengusahakan perniagaan ‘ice blended mangga susu’, jelas Mazuan ianya ilham secara tiba-tiba dan perniagan kecil-kecilannya itu mula beroperasi pada 19 September lalu.
“Istimewanya air mangga kami adalah campuran airnya termasuk hirisan buah mangga segar di dalam air tersebut yang dicampur susu dan bahan istimewa lain,” katanya.
Tambahnya lagi, sambutan pelanggan cukup menggalakkan hingga ada yang sanggup beratur panjang bagi mendapatkannya.
Abang Mangga menyediakan saiz hidangan cawan iaitu saiz besar (RM6.00).
Gerai ini dibuka pada jam 12 tengah hari hingga 6 petang.
Nama gerai: Abang Mangga ‘semanis senyuman abang’
lokasi: berhadapan Mybank Bercham
waktu operasi: 12 tengah hari- 6 petang
lokasi: berhadapan Mybank Bercham
waktu operasi: 12 tengah hari- 6 petang
Di petik dari :
Like FB Perak Today
Arkib
Arkib
Search for:
Copyright © 2015 -
http://peraktoday.com.my/2016/10/abang-mangga-pula-jadi-viral/
Arkib
Search for:
Copyright © 2015 -
http://peraktoday.com.my/2016/10/abang-mangga-pula-jadi-viral/