Cari Blog Ini

Isnin, 1 Oktober 2018

Bercuti di Kuching

Qaisara Bergambar bersama tugu kucing







Tugu kucing
Tugu kucing Ini merupakan Mercu tanda yang ada telah sampai ke Kuching ni sangat famous untuk anda bergambar di sini yang terletak di tengah-tengah kawasan bandar Kuching berhampiran
kg Budaya Passport 





Kampung Budaya
-Bayaran rm60.00 seorang dewasa
30.00 kanak kanak
-persembahan pukul 11.00 pagi dan
Kampung Budaya ini terletak berhampiran dengan Gunung Santubong.
Untuk pelancong pelancong menjadikan percutian mereka lebih berbaloi adalah disyorkan untuk melawat Kampung Budaya kerana di sini anda akan merasakan seperti menjelajah keseluruh Sarawak. Disini anda akan mengenal pelbagai suku kaum yang terdapat di Sarawak serta budaya suku kaum yang terdapat di Sarawak. Di sini juga terdapat binaan tempat tinggal yang bersaiz sebenar yang anda dapat masuk untuk merasai suasana di setiap rumah. Di rumah panjang anda juga boleh menyewa baju tradisi dan bergambar di sekitar rumah panjang.
Di sini juga terdapat persembahan yang tidak harus anda lepaskan apabila tiba di sini. Jadi pastikan anda mengetahui waktu persembahan supaya anda tidak ketinggalan.

dah penat berjalan kat kg Budaya kita Makan dekat sini..
di Belakang adalah Gunung Sentubong
Damai Central
Terletak  berhampiran dengan kampung perkampungan budaya. Di sini terdapat foodcourt untuk anda menjamu selera selepas penat berjalan di dalam perkampungan budaya sambil menikmati pemandangan pantai di sini berlatar belakangkan Gunung Santubong


























Borneo Highland Resort
Difahamkan di sini adalah Tanah Tinggi yang terdapat di Kuching yang membolehkan kita pergi ke sempadan negara jiran kita iaitu Kalimantan. Untuk naik ke sini selepas melepasi pintu gerbang untuk mengambil untuk membayar tiket yang bahagi lapan ringgit seorang kita perlu mendaki ke atas dalam 40 minit perjalanan sebelum sebelum terdapat satu lagi pondok pengawal dan kita perlu meletakkan kenderaan kita di situ dan mengambil kenderaan seperti ini lori bas untuk sampai ke border. Tapi sayang nya masa kami sampai terdapat rombongan sekolah yang menyebabkan kenderaan kenderaan itu sangat terhad dan menyebabkan kami menunggu agak lama dan memutuskan untuk tidak meneruskan perjalanan ke atas cuma hanya bergambar di kawasan sekitar dengan berapa ekor kuda



TOP SPOT (FOOD COURTS) ROOF TOP
Tempat makan seafood paling famous di Kuching tentunya di topspot rooftop di atas bangunan di UTC Kuching. Sepanjang berada di Kuching 2 malam kami makan di sini kerana harga makan yang berpatutan serta keinginan untuk mencuba di gerai yang berbeza


MEE KOLOK , MI SAPI, LAKSA SARAWAK


SEWA KERETA ;
019- 8788096 RM90
Axia AUTO (pick up airport)
WZ car rental
0198655054 wan hasdi
http://www.wzcarrental.com/kadar-kereta-sewa/