Cari Blog Ini

Ahad, 6 Disember 2020

Perjalanan Mencari sebuah basikal.

Cara Memilih Basikal

Assalammualaikum...

Okay minggu ni Saya dan Kamal ingin mencuba hobi baru Iaitu nak mula berkayuh basikal yg menjadi tren sekarNg ramai yg menjadi ikutan.... 

Kalau ikutkan tren ni minat kita ni sebenarnya bermusim la orang kata .... Bila lepak Fatimah ghaous tu nampak jer pagi pagi Sabtu dan ahad ada group group basikal lalu... Mula la makin ligat kami mencari di dalam laman blog dan medsos yg lain dan di sesawang membeli belah dalam talian seperti https://shopee.com.my/ dan https://lazada.com.my/ 

Folding Mountain Bike
Basikal Tua
Basikal Road bike atau RB atau basikal racing.
Basikal Road bike atau RB atau basikal racing.
Basikal Bukit atau Gunung atau MTB



Matlamat kami nak cati basikal just memenuhi kehendak berbasikal jer tak impikan yg beriban.... Just sekadar boleh di kayuh...

Untuk pengetahuan korang basikal yg biasa kita tengok orang kayuh tu terbahagi kepada 3 kategori :
1 - MTB atau Mountain Bike /basikal bukit
2 - RB atau Road Bike./basikal racing
3 - Folding Bike atau basikal lipat

anda boleh membaca seperti yang kawan kita coretkan disini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=191258969233434&id=112878487071483

Manakala terdapat beberapa size untuk Basikal kanak kanak atau MTB atau RB serta anggaran ketinggian yang sesuai :

1 - size 12'              angaran ketinggian 80cm -115cm
2 - size 16"             angaran ketinggian 105cm -135cm
3 - size 20"             angaran ketinggian 110cm -150cm
4 - size 26"             angaran ketinggian 160cm+
5 - size 27.5"          angaran ketinggian 160cm+
6 - size 700c           angaran ketinggian 160cm+

Saiz body atau frame biasa nya di ukur dalam :

1 - S small,M medium, atau L large
2 - atau mengikut Nombor 48,49,50 atau sebagainya.

itu sahajalah saya tahu buat masa ini... hehehehe
update 6/12/2020 basikal masih belum beli...












Hiking Bukit Besi

Assalammualaikum semua....
Hari ni saya dah kamal nak cuba memanjat Bukit Besi yang terletak di Cheras Alam Damai.  Bukit besi ni adalah salah satu bukit yang kerap dijelajah oleh orang orang beginner seperti kami.. 








ok ini view yang korang boleh dapat kat atas ni.... satu kepuasaan.


sempat lagi tu...



ada satu pondok berteduh yang ada dibuat oleh pendaki disini,,,,


Panorama Bukit Besi CP1

Ride Santai Makan Durian di Raub, Pahang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hari ini saya ingin bercerita tentang Ride santai kami pada 30 Ogos 2020 menuju ke Raub Pahang. Terima kasih pada abang syam yang telah menjemput kami untuk join Group Santai Bikers Club
 (S.B.C) untuk Ride sama-sama ke Raub Pahang. Bertempat di BHP Gombak pada pukul 8.30 pagi kami Berkumpul dan mula bergerak pada pukul 9.00 pagi setelah semuanya sampai.

Destinasi Kami adalah ke Lemang Toki 2 tetapi saya dan seorang abang Leader tu tersesat ke lemang ToKi 1 dan selama hampir 10 minit baru kami tahu lokasi yang betul lemang toki 2.Kami sampai dalam pukul 10 lebih....

Setelah habis bersarapan pagi kami terus menuju ke destinasi kedua kami iaitu Sungai Gesing iaitu tempat untuk makan durian dan makanan tengah hari yang telah disediakan.Sampai kami di sana telah ada group yang sampai awal lagi daripada kami dan sudah habis makan durian dan makan tengahari. Buah-buahan yang terdapat di sini adalah durian, duku langsat dan rambutan. Pemilik ladang durian ini katanya salah seorang daripada ahli Santai Bikers Club. Terima kasih kepada tuan ladang kerana buah yang sedap dan makanan tengah hari. Sebelum balik sempat juga capai sebiji sorang durian tu untuk dibawa balik.

Destinasi ketiga Kami adalah Lata Lembik untuk mandi manda sebelum pulang ke Kuala Lumpur tetapi group kami tak dapat join sebab terpaksa balik ke Kuala Lumpur sebab panggilan kerja pada pukul 7 petang. Jadi ada enam biji motor yang join balik. Kami singgah di Genting Sempah untuk minum petang yang Kebetulan hujan lebat.
Kami minum di kedai No. 4 yang juga kenalan Abang Syam juga seorang Raider sebelum balik ke Kuala Lumpur



Sabtu, 8 Ogos 2020

Hatyai-Songkla Thailand mengggunakan Kereta 2019 / 2020

Apa yang perlu anda sediakan untuk masuk ke Thailand melalui Sempadan Bukit Kayu Hitam menggunakan kereta.

1) Passport (buku merah jangan lupa bawa
- pertama sekali mestilah Pasport untuk kita keluar negara yang mempunyai sekurang-kurangnya lebih daripada enam bulan sebelum tarikh tamat tempoh pasport anda (adik ipar  ada 7 bulan dari tarikh akhir Lepas) 
- tak tahu sekarang PTPTN lepas lagi ke Kalau ada sangkut di Imigresen




2) Geran Asal bersama Pemilik  Kenderaan 

- Geran asal anda boleh dapatkan daripada Bank atau anda boleh dapatkan "Salinan Asal" daripada JPJ dengan bayaran RM50. (Pemilik hanya perlukan IC sahaja)

- Jika anda tiada geran asal anda haruslah pergi ke balai polis untuk mengesahkan geran kenderaan anda. (Geran photostat perlu dicop oleh Balai Polis)
*Terkini untuk tahun 2024 Hanya Geran Asal diterima oleh Kerajaan Thailand*.

- jika anda membawa kenderaan kereta sewa ataupun kereta company anda haruslah mendapat kebenaran bertulis daripada owner kereta dan bagi kenderaan kompeni anda harus membawa F49 dan F9&13 yang disahkan. (Mungkin telah bertukar format Form)


3) Insurans 

- terdapat beberapa jenis insurans yang disediakan antaranya adalah insurans untuk kecederaan dan duit ubat yang wajib diambil oleh semua yang memasuki menggunakan kenderaan Dan satu lagi insuran yang melindungi kenderaan pihak ketiga (3rd party) sekiranya berlaku kemalangan sehingga THB 200,000

- kami mengambil insuran compulsory sahaja yang berharga RM34 untuk lima orang, "Insya-allah tak ada apa-apa yang berlaku hati-hati jangan kita langgar orang ataupun orang langgar kita"pesan akak insurans tu.... (Tawakal)




4) 3 Jenis borang, TM6 (white card), TM2 & TM3 (2 Salinan depan dan belakang)

- ketiga-tiga jenis borang ini anda boleh dapatkan dekat kedai insuran mereka memang sediakan. Anda cuma perlu bayar dan berikan semua pasport penumpang dan geran kenderaan anda. 

-TM6 (white card) (Separuh untuk Masuk dan separuh untuk keluar, Dan Jangan HILANGKAN), 

-TM2 & TM3 (2 Salinan depan belakang) berikan kedua-dua salinan ketika masuk di Imigresen Thailand mereka akan chop dan pulangkan satu salinan untuk di hantar semasa pulang ke Malaysia dihantar ketika di Imigresen Thailand.


TM2
TM3



TM6





5) Kastam Thailand




Keterangan bergambar mengenai kedudukan Pejabat Kerajaan bagi memudahkan anda untuk bergerak.
Proses yang perlu anda lalui dari Malaysia sehingga ke Thailand.


6) Sim kad

- kami membeli simkad terus di kedai insurans kerana ia menyediakan simkad yang berharga RM20 untuk tujuh hari unlimited data atau anda boleh dapatkan di kedai 7 Eleven di Sado yang mungkin harganya bawah daripada RM20

7) Minyak Kenderaan

sebelum anda memasuki border  Bukit Kayu Hitam anda perlulah mengisi minyak paling akhir adalah stesen BHP di sebelah kanan anda atau Petronas (Ada ATM CIMB) kerana minyak di Thailand agak mahal. Cukup untuk perjalanan di Hat Yai.

Stesen Minyak Caltex di Perlis
Gambar sekadar hiasan











8) Tukar Duit THB

 Cuti kali ni kami bercadang nak tukar Di selepas sempadan negeri Thai.jadi selepas saja urusan imigresen dan kastam kami mulalah mengintai-intai mencari tempat pertukaran wang asing dan terjumpalah satu satu kedai tukar duit dan terus tukar satu ribu ringgit Malaysia dapatlah dalam 7000 bath.











9) Hotel di Hat Yai




Untuk hotel di Hatyai setelah banyak membaca review-review daripada pelancong-pelancong Malaysia Kami memilih Red Planet Hotel.

Hotel yang terletak tidak jauh daripada bandar, kemudahan yang bagus seperti parking, air panas, dan plug 3 point (seperti di Malaysia). Kalau tak silap dia adalah bekas Tune Hotel yang diambil alih.

kami buat booking melalui Agoda kerana ya bagi diskaun yang bagus buat kami dan dan kami tak hadapi masalah apabila menggunakan Agoda booking.

Tips : menggunakan Agoda adalah anda perlu membuat view di mana anda akan tinggal Dan biarkan dalam dua tiga hari Agoda akan offer best price untuk anda..


Jumaat, 19 Jun 2020

Bukit Melawati Kuala Selangor

BUKIT MELAWATI, KUALA SELANGOR


Jika anda pergi ke Kuala Selangor Jangan lupa singgah ke Bukit Melawati untuk melihat keindahan Kuala Selangor dari atas bukit. Di sini juga mempunyai sebuah muzium kecil untuk anda mengetahui sebahagian daripada sejarah Bukit Melawati dan juga Kuala Selangor. Terdapat juga meriam-meriam lama yang disimpan di sini.

 Di sini terdapat permandangan yang sangat mengagumkan .Di sini bukan sahaja dikunjungi  pelancong tempatan malah pelancong luar turut datang ke sini.
 pemandangan dari salah satu meriam yang terdapat disini.
berselfie di hadapan rumah api 
  .
monyet monyet yang terdapat di sini sangat mesra dengan pelancong.


sesi memberi makan [awas; ada beberapa monyet yang merampas]


Selamat Datang
Ke
Taman Alam
Kuala Selangor

harga untuk tiket pada tahun 2019



harga untuk tiket pada tahun 2016 berserta GST dan masa keretapi ni bawa kita pusing sehingga pekan kecil dan pergi ke Akuarium dan tinggalkan kita untuk melihat dan burung kalau tak silap. sekarang tiada lagi.