Cari Blog Ini

Ahad, 6 Disember 2020

Perjalanan Mencari sebuah basikal.

Cara Memilih Basikal

Assalammualaikum...

Okay minggu ni Saya dan Kamal ingin mencuba hobi baru Iaitu nak mula berkayuh basikal yg menjadi tren sekarNg ramai yg menjadi ikutan.... 

Kalau ikutkan tren ni minat kita ni sebenarnya bermusim la orang kata .... Bila lepak Fatimah ghaous tu nampak jer pagi pagi Sabtu dan ahad ada group group basikal lalu... Mula la makin ligat kami mencari di dalam laman blog dan medsos yg lain dan di sesawang membeli belah dalam talian seperti https://shopee.com.my/ dan https://lazada.com.my/ 

Folding Mountain Bike
Basikal Tua
Basikal Road bike atau RB atau basikal racing.
Basikal Road bike atau RB atau basikal racing.
Basikal Bukit atau Gunung atau MTB



Matlamat kami nak cati basikal just memenuhi kehendak berbasikal jer tak impikan yg beriban.... Just sekadar boleh di kayuh...

Untuk pengetahuan korang basikal yg biasa kita tengok orang kayuh tu terbahagi kepada 3 kategori :
1 - MTB atau Mountain Bike /basikal bukit
2 - RB atau Road Bike./basikal racing
3 - Folding Bike atau basikal lipat

anda boleh membaca seperti yang kawan kita coretkan disini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=191258969233434&id=112878487071483

Manakala terdapat beberapa size untuk Basikal kanak kanak atau MTB atau RB serta anggaran ketinggian yang sesuai :

1 - size 12'              angaran ketinggian 80cm -115cm
2 - size 16"             angaran ketinggian 105cm -135cm
3 - size 20"             angaran ketinggian 110cm -150cm
4 - size 26"             angaran ketinggian 160cm+
5 - size 27.5"          angaran ketinggian 160cm+
6 - size 700c           angaran ketinggian 160cm+

Saiz body atau frame biasa nya di ukur dalam :

1 - S small,M medium, atau L large
2 - atau mengikut Nombor 48,49,50 atau sebagainya.

itu sahajalah saya tahu buat masa ini... hehehehe
update 6/12/2020 basikal masih belum beli...












Hiking Bukit Besi

Assalammualaikum semua....
Hari ni saya dah kamal nak cuba memanjat Bukit Besi yang terletak di Cheras Alam Damai.  Bukit besi ni adalah salah satu bukit yang kerap dijelajah oleh orang orang beginner seperti kami.. 








ok ini view yang korang boleh dapat kat atas ni.... satu kepuasaan.


sempat lagi tu...



ada satu pondok berteduh yang ada dibuat oleh pendaki disini,,,,


Panorama Bukit Besi CP1

Ride Santai Makan Durian di Raub, Pahang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hari ini saya ingin bercerita tentang Ride santai kami pada 30 Ogos 2020 menuju ke Raub Pahang. Terima kasih pada abang syam yang telah menjemput kami untuk join Group Santai Bikers Club
 (S.B.C) untuk Ride sama-sama ke Raub Pahang. Bertempat di BHP Gombak pada pukul 8.30 pagi kami Berkumpul dan mula bergerak pada pukul 9.00 pagi setelah semuanya sampai.

Destinasi Kami adalah ke Lemang Toki 2 tetapi saya dan seorang abang Leader tu tersesat ke lemang ToKi 1 dan selama hampir 10 minit baru kami tahu lokasi yang betul lemang toki 2.Kami sampai dalam pukul 10 lebih....

Setelah habis bersarapan pagi kami terus menuju ke destinasi kedua kami iaitu Sungai Gesing iaitu tempat untuk makan durian dan makanan tengah hari yang telah disediakan.Sampai kami di sana telah ada group yang sampai awal lagi daripada kami dan sudah habis makan durian dan makan tengahari. Buah-buahan yang terdapat di sini adalah durian, duku langsat dan rambutan. Pemilik ladang durian ini katanya salah seorang daripada ahli Santai Bikers Club. Terima kasih kepada tuan ladang kerana buah yang sedap dan makanan tengah hari. Sebelum balik sempat juga capai sebiji sorang durian tu untuk dibawa balik.

Destinasi ketiga Kami adalah Lata Lembik untuk mandi manda sebelum pulang ke Kuala Lumpur tetapi group kami tak dapat join sebab terpaksa balik ke Kuala Lumpur sebab panggilan kerja pada pukul 7 petang. Jadi ada enam biji motor yang join balik. Kami singgah di Genting Sempah untuk minum petang yang Kebetulan hujan lebat.
Kami minum di kedai No. 4 yang juga kenalan Abang Syam juga seorang Raider sebelum balik ke Kuala Lumpur