Assalamualaikum semua.... apa khabar?
okay hari just nak share pasal trip khemah kami di Bagan Lalang selama 2 hari satu malam..
trip kali ni join Shamie nak rasmi khemah baru hasil hasutan rakan rakan... hahahaha.....
so saya pinjam khemah unta Yusri memandangkan ramai group kami... hehehe.. tuan nye tak ada bekerja di Bandung.
Berkhemah kat pantai kena siap mental sikit sebab aura panasnya akan ada serik nak berkhemah di pantai.
tambahan pula side kami pergi tu tiada public toilet. Hmmmm dah lah badan melekit nak mandi tandas pulak jauh.... hahhaha...
First day tu kami sempat la sewa di Bagan Villa Resort kat seberang jalan tu selama 3 jam kerana semua bilik sudah di tempah. Berapa sewa 3 jam? Rm 50.00. untuk malam nya kami menumpang tandas di kedai makan berhampiran.
Cuaca pada hari tu Alhamdulillah Cerah ...tak terik sangat dan kurang berangin. Sesekali datang angin dari belakang bukan dari laut dan menyebabkan Flyshet kami tercabut di sapu angin.... apa lagi kami naikkan balik flyshet tadi kali ini saya ikat terus di rim kereta.. hahhahah... Alhamdulilah bertahan sampai balik.
kalau berkhemah di pantai ni memang memerlukan pancang yg sesuai dengan permukaan yg berpasirnya.
Menu kami untuk makan tengah hari adalah Ayam masak Lemak,Ikan Bakar dan Nasi Putih... di masak oleh Chef Lisa... laju makannya... petang Cucur goreng Adabi.. manis ada pedas ada... ada pulak sup ketam fresh ada abg tu jual RM20.00 untuk 13 ekor ketam comey.. Sedap Manis Segar dari Laut hidup lagi . malam
kami ada buat Ayam Bakar, Daging Bakar, Saausage dan Oden Stembot. Sebelum balik kami Brekfast dengan Telor dadar Sayur goreng dan Daging + sausage semalam...
so hari ni sebelum balik kami semua mandi di Tandas Awan di sana.