Cari Blog Ini

Isnin, 4 Oktober 2021

Berkhemah di Bagan Lalang Sepang

 Assalamualaikum semua.... apa khabar?

okay hari just nak share pasal trip khemah kami di Bagan Lalang selama 2 hari satu malam..

trip kali ni join Shamie nak rasmi khemah baru hasil hasutan rakan rakan... hahahaha.....

so saya pinjam khemah unta Yusri memandangkan ramai group kami... hehehe.. tuan nye tak ada bekerja di Bandung.





Berkhemah kat pantai kena siap mental sikit sebab aura panasnya akan ada serik nak berkhemah di pantai.

tambahan pula side kami pergi tu tiada public toilet. Hmmmm dah lah badan melekit nak mandi tandas pulak jauh....  hahhaha... 

First day tu kami sempat la sewa di Bagan Villa Resort kat seberang jalan tu selama 3 jam kerana semua bilik sudah di tempah. Berapa sewa 3 jam? Rm 50.00. untuk malam nya kami menumpang tandas di kedai makan berhampiran.


Cuaca pada hari tu Alhamdulillah Cerah ...tak terik sangat dan kurang berangin. Sesekali datang angin dari belakang bukan dari laut dan menyebabkan Flyshet kami tercabut di sapu angin.... apa lagi kami naikkan balik flyshet tadi kali ini saya ikat terus di rim kereta.. hahhahah...  Alhamdulilah bertahan sampai balik.

kalau berkhemah di pantai ni memang memerlukan pancang yg sesuai dengan permukaan yg berpasirnya.


Menu kami untuk makan tengah hari adalah Ayam masak Lemak,Ikan Bakar dan Nasi Putih... di masak oleh Chef Lisa... laju makannya... petang Cucur goreng Adabi.. manis ada pedas ada... ada pulak sup ketam fresh ada abg tu jual RM20.00 untuk 13 ekor ketam comey.. Sedap Manis Segar dari Laut hidup lagi . malam 

kami ada buat Ayam Bakar, Daging Bakar, Saausage dan Oden Stembot. Sebelum balik kami Brekfast dengan Telor dadar Sayur goreng dan Daging + sausage semalam... 

so hari ni sebelum balik kami semua mandi di Tandas Awan di sana.





















Selasa, 24 Ogos 2021

Empangan Timah Tasoh dan Tasoh Lake Resort

Assalamualaikum semua...
 Ok saya nak kongsikan berkenaan Empangan Timah Tasoh yang terletak di Negeri paling Utara iaitu Perlis. Empangan ini adalah jalan menuju ke Padang Besar atau pun untuk ke Wang Kelian anda pasti berjumpa dengan nya dahulu di simpang sebelah kiri.

Apa yang menarik disini?
Di sini terdapat beberapa kedai penjaja yg menjual makanan dan minuman untuk pelawat yg singgah kesini. Terdapat juga tempat bergambar yg viral di sini iaitu semestinya buaian timah tasoh.

Empangan Timah Tasoh
Empangan Timah Tasoh

Empangan Timah Tasoh
Empangan Timah Tasoh
Empangan Timah Tasoh
Empangan Timah Tasoh




Sebelum anda sampai ke Empangan Timah Tasuh anda akan melihat sebelah kanan anda sebuah Resort iaitu Tasoh Lake Resort yang mana anda juga boleh masuk kesini dengan bayaran Parking cuma RM 5 sahaja. Di sini anda boleh menginap di Resort atau sekadar mengambil gambar dengan banyak tempat tempat menarik disediakan. Baru baru ini Tasok Lake Resort juga mengadakan satu Event dimana terdapat pelbagai kedai makanan dan pakaian dan menarik ramai pengunjung setempat dan juga pengunjung dari luar.
Padang Besar
Tasoh Lake Resort


Tasoh Lake Resort











Tasoh Lake Resort

Tasoh Lake Resort

Tasoh Lake Resort


Mutiara Kata : Jauh Berjalan Luas Pandangan
Hanya kepada Allah kita Berserah


Apa yg perlu anda buat jika anak kuning

Assalamualaikum semua

Okey Apa khabar semua kali ni saya nak bercerita tentang bagaimana kalau bagaimana anak kita kena kuning apabila baru lahir

Saya difahamkan bahawa penyakit kuning ni berpunca daripada hati hati yang tidak sihat sebabkan anak kita mendapat penyakit kuning

Jadi iktiar saya selain mengikuti jadual Klinik Kesihatan saya juga mencuba petua orang kita

antaranya ialah

Gula Kundur
Caranya ialah lenyekkan dan rendam dengan sedikit air masak untuk 
mengambil airnya dan titis kan ke mulut bayi

boleh didapati di kedai 99spedmart
 
Herba Mandi Kuning dan Susu Kambing

Herba Mandi ini perlulah di rebus dengan 3 cawan air dan sehingga menjadi 1 cawan air
kemudian buat mandian dengan air biasa.

Susu kambing diberikan kepada ibu untuk minum yang mana anak nya menyusu badan

Herba Mandi Kuning boleh di dapati di kedai Sense atau kedai Ubat Cina

Susu Kambing boleh cari di Kedai Mamak yg terpilih 



Selain itu anda boleh mencuba Sengkuang cina ; cara nya ialah menumbuk dan menapis air pati nya sedikit dan titis kan mulut bayi

Senkuang Cina boleh di dapati di kedai buah atau di pasraya besar seperti tesco


terdapat juga pesan orang dulu supaya bayi mendapatkan cahaya matahari pagi 

apa pun iktiAR kita, kepada Allah kita berserah.




Berbasikal ke Genting Peras

Assalamualaikum semua..

 Okay hari saya nak bercerita tentang berbasikal ke Genting Peras yg terletak diantara sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Genting Peras atau lebih dikenali oleh geng kayuh sebagai "Genting Perez" adalah destinasi popular antara yg wajib anda tawan tak kira RB, MTB atau Folding bike.

PARKING :

BATU 14; kalau anda nak parking disekitar pekan batu 14 ni anda boleh sahaja parking di sebelah masjid bt14 terdapat tapak kosong. Tetapi  pada hari ahad anda tak dapat meletak kereta disana kerana ada Pasar Tani. 


PEKAN BATU 18; Okay di sini anda boleh meletakkan kenderaan anda di kawasan perumahan penduduk yg menyediakan tapak Parking di halaman rumah mereka dengan mengenakan sedikit bayaran dari Rm7 sehingga Rm10.00 sahaja dan dapatlah anda membantu ekonomi setempat.

TEMPAT MAKAN: 

Tempat makan yg paling popular untuk geng basikal ada di Bahulu Klasik yg terletak di Kampung Jawa Bt18. Terdapat tempat meletak basikal dihadapan kedai. Menu dari nasi lemak, Soto sehingga lah kuih muih terdapat di sini. Selain dari sini terdapat banyak kedai makan sepanjang jalan anda ke Perez. 

Pengalaman:

Mendaki Genting Perez untuk kali pertama bagi saya akan ada yg kedua kerana tahap kecerunannya adalah boleh lagi mengayuh kerana tidak terlalu sukar. Setiap kali anda mendaki akan ada jalan mendatar sebelum anda kembali mandaki. Jadi anda ada masa lagi untuk rehat tetapi kadang kadang saya lemah lutut jugak... 😊






Boleh juga layan sehingga ker Pangsun.


Rabu, 17 Februari 2021

Tempat Viral Di Perlis

Empangan Timah Tasoh

 

Empangan Timah Tasoh

Empangan Timah Tasoh

Empangan Timah Tasoh

Empangan Timah Tasoh


Empangan Timah Tasoh adalah sebuah empangan air untuk negeri Perlis yg cukup luas telah menjadi tempat reakriasi untuk penduduk tempatan dan pelancong tempatan. Disini ada disediakan kemudahan untuk menaiki bot mengelilingan sekitar empangan ini. terdapat beberapa peniaga makanan ringan dan minuman. anda juga boleh berkhemah disini. Terdapat juga buai dalam air untuk bergambar.