Okay hari saya nak bercerita tentang berbasikal ke Genting Peras yg terletak diantara sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Genting Peras atau lebih dikenali oleh geng kayuh sebagai "Genting Perez" adalah destinasi popular antara yg wajib anda tawan tak kira RB, MTB atau Folding bike.
PARKING :
BATU 14; kalau anda nak parking disekitar pekan batu 14 ni anda boleh sahaja parking di sebelah masjid bt14 terdapat tapak kosong. Tetapi pada hari ahad anda tak dapat meletak kereta disana kerana ada Pasar Tani.
PEKAN BATU 18; Okay di sini anda boleh meletakkan kenderaan anda di kawasan perumahan penduduk yg menyediakan tapak Parking di halaman rumah mereka dengan mengenakan sedikit bayaran dari Rm7 sehingga Rm10.00 sahaja dan dapatlah anda membantu ekonomi setempat.
TEMPAT MAKAN:
Tempat makan yg paling popular untuk geng basikal ada di Bahulu Klasik yg terletak di Kampung Jawa Bt18. Terdapat tempat meletak basikal dihadapan kedai. Menu dari nasi lemak, Soto sehingga lah kuih muih terdapat di sini. Selain dari sini terdapat banyak kedai makan sepanjang jalan anda ke Perez.
Pengalaman:
Mendaki Genting Perez untuk kali pertama bagi saya akan ada yg kedua kerana tahap kecerunannya adalah boleh lagi mengayuh kerana tidak terlalu sukar. Setiap kali anda mendaki akan ada jalan mendatar sebelum anda kembali mandaki. Jadi anda ada masa lagi untuk rehat tetapi kadang kadang saya lemah lutut jugak... 😊
Boleh juga layan sehingga ker Pangsun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan