8/10/2016 hari sabtu - sempena #HSN Hari Sukan Negara kami memilih untuk naik bukit Broga di Semenyih.
Bukit Broga dari bawah sejauh 1.7 Km yg mempunyai 2 puncak manakala untuk ke Gunung TOK Wan melalui bukit Broga sejauh 4.8 km terletak di puncak ketiga kepada sesiapa yang berminat untuk ke puncak tertinggi di situ.
Ini adalah tempat meletak kenderaan persendirian yg dikhaskan untuk para pendaki yang dikenakan bayaran sebanyak Rm3.00
Mula mula kena berjalan meredah kebun kelapa sawit ni dulu....
Pendaki cilik ni pun gagah juga nak naik...
Jom teruskan....
Ok start ... pendakian anda bermula sekarang !!
Dari sini pendakian santai mengambil masa lebih kurang 45mnt++
Antara badan corporate yg menjadikan bukit Broga sebagai kawasan angkat mereka...
Caiyokkkk...
Ok bila korang dah sampai ke kerusi ni maknanya korang dah sampai hampir setengah perjalanan nya... so boleh la rehat rehat jap..
Ni macam Pit stop pertama anda ok... selagi belum jumpa kerusi ni jangan berehat ok..
Terus memanjat.....
Tu dia... dah nak sampai dah..
Kalau sampai dekat sini dah boleh nampak dah pemandangan Puas heheheheh.....
Ok untuk naik ke atas kami ikut jalan yg lebih landai pada mulanya tapi terpaksa juga mendaki selepas tiada jalan lain...
Ok dah sampai ke atas...
Ok ni kerusi yg dekat atas so boleh la berehat ...
Sana adalah bukit kedua ... sapa yg nak melengkapkan misi boleh la naik ke sana....
Untuk turun bawah kami ikut laluan yg bertali lebih curam. Perjalanan turun lebih mencabar jika tidak berkasut yg sesuai. Para pendaki perlu tahu masa yg sesuai untuk turun ke bawah jika tak nak sangkut dengan keadaan yang gelap bagi pendaki sebelah petang yg tak bawa kelengkapan yg sesuai....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan